Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
K'jaan perlu hapuskan kilang plastik haram - MP PAS
Diterbitkan:  Dec 11, 2018 11:04 AM
Dikemaskini: 3:04 AM

Kerajaan digesa untuk memastikan penggunaan bahan berasaskan plastik di negara ini diminimumkan memandangkan penggunaan plastik yang tidak terkawal boleh menjejaskan kelestarian alam sekitar dan kesihatan awam.

Putrajaya perlu menghapuskan kilang-kilang plastik haram diseluruh negara, kata Anggota Parlimen Kemaman Che Alias Hamid.

"Kerajaan juga perlu menggembleng tenaga dalam usaha menghapusan kilang-kilang plastik haram di seluruh negara dan memantau secara konsisten lesen premis perniagaan kilang plastik sama ada terdapat pelanggaran atau premis berkenaan berselindung di sebalik lesen membuat barangan plastik.

"Saya menegaskan supaya Kerajaan juga perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana kilang yang tidak mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Yang DiPertua PAS Kemaman itu menjelaskan sunguhpun kerajaan telah mengurangkan pengeluaran permit import sisa plastik (AP), namun Putrajaya perlu sentiasa mengkaji dan menyelidik setiap keputusannya.

"Sungguhpun Kerajaan telah megurangkan pengeluaran permit import (AP) sisa plastik kepada syarikat yang layak dan memenuhi syarat kelulusan ditetapkan serta memperkasa industri plastik tempatan dengan kerangka masa phase out dalam tiga tahun akan datang.

"Saya menyarankan supaya Kerajaan terus mengkaji dan menyelidik setiap keputusan dan cadangan yang dipertengahkan agar tidak memberi sebarang implikasi di masa akan datang," kata Che Alias.

Henti keluar AP selama tiga bulan

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 15 November lalu memaklumkan tidak bercadang mengubah Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara, namun akan meningkatkan dan memperketatkan syarat permohonan permit import (AP) sisa plastik.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata KPKT akan meningkatkan penguatkuasaan serta mengadakan pemantauan rapi terhadap kilang yang beroperasi seluruh negara.

“Satu jawatankuasa sudah dibentuk dan mereka memeriksa 114 kilang plastik yang mendapat kelulusan untuk membawa plastik import, namun hanya lapan kilang didapati memenuhi syarat terperinci dikeluarkan KPKT,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Zuraida menjawab pertanyaan Charles Anthony Santiago (PH-Klang) yang ingin tahu sama ada kementerian bercadang mengubah Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara supaya melarang semua sisa plastik yang diimport dari luar negara terutamanya dari China, Eropah dan Australia masuk ke Malaysia.

Sebelum ini, KPKT menghentikan pemberian AP sisa plastik untuk tempoh tiga bulan berkuat kuasa 23 Julai lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS