Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KM: Pulau Pinang sudah sedia untuk p'raya tempatan
Diterbitkan:  Dec 10, 2018 4:13 PM
Dikemaskini: 8:13 AM

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata kerajaannya telah bersedia untuk melaksanakan semula pilihan raya kerajaan tempatan.

Bagaimanapun, katanya terpulanglah kepada kerajaan pusat untuk membuat keputusan lanjut.

“Dalam tempoh dua tahun terakhir, di Pulau Pinang, kerajaan negeri telah melaksanakan langkah-langkah yang perlu untuk mengembalikan semula pilihan raya kerajaan tempatan, tetapi belum dapat melaksanakan.

“Kini terpulanglah kepada kerajaan pusat untuk memutuskan langkah yang perlu diambil,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata pilihan raya kerajaan tempatan tidak akan diadakan kerana ia boleh mengundang konflik antara kaum dan melebarkan jurang bandar dan luar bandar.

Perkara itu tidak dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum lalu walaupun terdapat pemimpin-pemimpinnya yang berusaha ke arah itu.

Kumpulan aktivis turut menuntut pilihan raya itu dikembalikan bagi membolehkan perwakilan rakyat yang lebih baik di peringkat pihak berkuasa tempatan.

Kali terakhir pilihan raya tempatan diadakan pada tahun 1965.

Pada 2012, kerajaan Pulau Pinang telah meluluskan enakmen untuk mengembalikan proses demokrasi itu.

Mahkamah Persekutuan dua tahun selepas itu bagaimanapun memutuskan Pulau Pinang tidak mempunyai bidang kuasa untuk melaksanakannya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS