Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa berkata Tabung Haji mengalami defisit RM4.1bilion, berdasarkan laporan kewangan TH pada 2017.

Menurut Mujahid, jumlah aset keseluruhan TH ialah sebanyak RM70.3 bilion. Manakala jumlah liabilitinya mencatatkan RM74.4 bilion.

"Untuk pengetahuan, selepas Pakatan Harapan ambil alih (kerajaan), kita telah lakukan tindakan segera lantik ahli lembaga pengarah yang baru. Ini hasrat untuk memulakan usaha pemulihan.

"Pihak pengurusan (baru) merasakan ada yang tak betul berlaku, (pada laporan kewangan), maka mereka ambil inisiatif dengan melantik syarikat juruaudit bebas PricewaterhouseCoopers (PWC).

 

"Di dalam penemuan PWC itu, mereka telah dapati dalam akaun yang diaudit rekodkan aset keseluruhan RM70.3bilion sedangkan liabiliti tanggungan RM74.4 bilion - defisit (kurangan) RM4.1 bilion," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS