Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pertikaian dengan S'pura: KJ gesa menteri bangkit pertahan negara
Diterbitkan:  Dec 8, 2018 8:55 PM
Dikemaskini: 12:55 PM

Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan kerajaan bersuara mengenai ketengangan yang tercetus dengan Singapura berhubung pertikaian kawasan perairan.

"Menteri Singapura seorang demi seorang menyatakan tuntutan secara terbuka. (Tetapi) respons kerajaan kita adalah 'tunggu untuk perbincangan'.

"Kita perlu menyertai perbincangan apabila menyatakan hujah kuat secara terbuka dan mendapatkan sokongan orang awam. Bangkit untuk Malaysia," katanya di Twitter.

Beliau mengulas laporan yang memetik Menteri Perdagangan dan Industri Singapura Chan Chun Sing sebagai berkata peningkatan risiko tidak boleh dipandang ringan dalam soal pertikaian itu.

 Singapura mendakwa Malaysia mengubah sempadan Pelabuhan Johor Bahru dengan menceroboh perairan di Tuas, dan terdapat 14 pencerobohan setakat ini.

Republik itu kemudian bertindak balas dengan melanjutkan sempadan Pelabuhan Tuas.

Semalam Menteri Pertahanan Singapura Ng Eng Hen memberi amaran keras agar kapal Malaysia tidak "mencerobohi" perairan negara itu.

Menteri Luar Saifuddin Abdullah kemudian mencadangkan agar kedua-dua negara berhenti menghantar kapal pertahanan di kawasan yang menjadi pertikaian itu sementara perbincangan diadakan.

Singapura menolak cadangan itu tetapi berkata sedia untuk berbincang tentang isu itu.

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin pula menyatakan harapan agar ia diselesaikan di meja rundingan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS