Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Ambiga puji polis, penganjur himpunan anti-Icerd
Diterbitkan:  Dec 8, 2018 6:57 PM
Dikemaskini: 11:09 AM

Aktivis yang juga peguam Ambiga Sreenevasan memuji penganjur perhimpunan anti-Icerd dan pasukan polis kerana berjaya mengawal keadaan hari ini.

"Saya ucapkan tahniah kepada penganjur dan polis kerana perhimpunan berlangsung aman. Selamat datang ke Malaysia Baru," katanya di Twitter.

Sementara itu, Peguam N Surendran memuji liputan media mengenai perhimpunan itu.

"Senang sekali melihat liputan secara langsung himpunan pembangkang di TV. Ini benar-benar Malaysia Baru.

"Umno-BN patut rasa malu! Anda tidak pernah membenarkan liputan perhimpunan aman," katanya di Twitter.

Terdahulu puluhan ribu membanjiri pusat bandar Kuala Lumpur hari ini bagi "meraikan" langkah kerajaan tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd).

Pemimpin Umno dan PAS menganggarkan 500,000 menyertai perhimpunan rasaksa tersebut yang pertama kali dianjurkan selepas pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Polis bagaimanapun menganggarkan kehadiran seramai 55,000 orang.

Malaysiakini pula menganggarkan sekitar 80,000 hadir pada waktu kemuncak perhimpunan sekitar jam 3 petang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS