Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Adib beransur pulih, kata menteri
Diterbitkan:  Nov 28, 2018 12:16 PM
Dikemaskini: 4:27 AM

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang kritikal selepas dibelasah perusuh awal pagi semalam kini beransur pulih.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin beliau dimaklumkan Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, kini melepasi tahap kritikal.

"Kalau dulu peluang untuk selamat hanya 40 peratus, sekarang 70 peratus," ciap Zuraida di Twitter.

Menurut anggota parlimen Ampang itu lagi pihak hospital masih terus menjalankan proses rawatan dan kini ia memasuki fasa seterusnya.

Semalam Muhammad Adib diletakkan di unit rawatan rapi sebuah hospital swasta di Subang Jaya selepas mengalami kecederaan parah dipercayai akibat dibelasah perusuh.

Dia adalah petugas Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dihantar bersama anggota lain JBPM untuk memadamkan kebakaran semasa berlaku ketegangan di kuil Sri Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.

Kecederaan itu menyebabkan Muhammad Adib terpaksa bergantung kepada alat sokongan hayat untuk selamat buat seketika.

Dia kini ditempatkan di Institut Jantung Negara bagi mendapatkan rawatan lanjut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS