Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP PAS gesa sumber halal bayar gaji penjawat awam

PARLIMEN : Kerajaan digesa memisahkan hasil cukai mudarat (sin tax) daripada dana terkumpul supaya sumber yang halal digunakan untuk membayar gaji pekerja.

Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) menyuarakan hal ini ketika membahaskan Belanjawan 2019 pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat Hari ini.

"Kita tahu bahawa negara (memperolehi) pendapatan berbilion-bilion dari lesen judi dan syarikat judi.

"Tahniah usaha kurangkan perjudian dan hapus lesen-lesen dan special draw.

"Cuma kita mengharapkan supaya semua cukai-cukai ini diasingkan dengan hasil biasa.

"Sebab kita mahu pendapatan wang disatukan ini yang khas untuk bayar gaji kakitangan adalah daripada sumber yang halal.

Sementara itu, beliau mencadangkan hasilmudarat disalurkan bagi peruntukan dana pembangunan.

"Hasil judi elok untuk pembangunan," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS