Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Zahid persoal Saifuddin terima Icerd tapi beragama Islam

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini kewajaran Menteri Luar Saifuddin Abdullah kerana mahu kerajaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) sedangkan dirinya beragama Islam.

Dalam ucapannya semasa program Umno di Kuala Lumpur hari ini, Zahid berkata isu Icerd bukanlah isu politik tetapi isu untuk mempertahankan peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan negara.

"Pula tu menteri luar negeri, pertahankan ratifikasi, kerana gerakan reformasi.

"Eh kamu ni orang Islam ke orang apa hah? Ini bukan soal politik, tak.

"Kita hanya menuntut apa dalam perlembagaan, itu kita mahu pertahankan. Betul?" katanya sambil sorakan 'betul' oleh ratusan mereka yang hadir pada program turun padang bersama Umno Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Sebelum itu, Zahid menghalakan serangannya kepada Menteri Perpaduan, P Waythamoorthy yang digambarkannya sebagai seorang menteri "perpecahan".

'Nak mandrem siapa?'

Menamakan Waytha Moorthy sebagai "dalang" di sebalik isu Icerd, Zahid juga mempersoalkan tindakan menteri itu membawa orang luar ke parlimen semasa upacara angkat sumpahnya pada bulan Julai lalu.

"Angkat sumpah di parlimen ada ethics, ada dress code nak pakai. Bukan saya nak halang sesiapa, tapi apahal ni yang bahawa orang luar nak angkat sumpah ni. Ni nak mandrem (sihir) siapa ni?

"Saya tak sebut nama ye. Tak sebut. Tak. Datuk Seri Najib (Razak) pernah lantik dia sebagai timb menteri, (tapi) letak jawatan. 

"Sekarang dilantik menteri perpaduan. Tapi dia menteri perpecahan. Kita bukan nak dia dipecat. Kalau tak dapat jalankan tugas sebagai menteri perpaduan sebaliknya berlaku perpecahan, sila letak jawatan, itu saja," kata Zahid.

Berhimpun lebih ramai

Dalam ucapannya, Zahid juga berkata bahawa Umno 'mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana tidak meratifikasi Icerd.

Bagaimanapun katanya anggota Umno dan penyokong parti itu akan tetap hadir perhimpunan 8 Disember ini yang pada asalnya dirancang untuk membantah konvensyen berkenaan.

"Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan yan memutuskan untuk menolak ratifikasi Icerd

"Atas asas itulah kita berhimpun beramai-ramai untuk mengucapkan terima kasih.

"Kita berhimpun lebih ramai lagi untuk mengucapkan terima kasih, boleh?" katanya di hadapan anggota Umno.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS