Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Ramai pihak mahu bantu Edi Rejang tapi dia 'hilang' – MP

Anggota Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mendedahkan beliau dihubungi oleh ahli perniagaan yang menyuarakan hasrat membantu Edi Rejang memandangkan individu tersebut kini kehilangan pekerjaan.

Katanya, ada di antara ahli perniagaan tersebut yang menawarkan bantuan kewangan dan pekerjaan kepada Edi Rejang atau nama sebenarnya Mohamad Edi Mohamad Riyars.

Bagaimanapun, usaha menghubungi Edi Rejang tidak berjaya apabila beliau menutup telefon bimbitnya sejak petang kelmarin.

“DAP bukan sahaja nak bantu dia dari segi bantuan guaman tapi sejak berita dilaporkan dia dipecat dari syarikat dia, pihak kami terima beberapa tawaran untuk beri dia kerja, khusunya dari syarikat Cina kerana kesian dia kerja sebagai dispatch (penghantar kiriman), jadi nak tawar dia kerja.

Edi Rejang ke balai ditemani peguam lain 

“Saya terima banyak panggilan, ada whatsapp nak tawarkan dia kerja, ada nak bagi dia duit dari kebanyakannya masyarakat Cina, tapi tak dapat hubungi dia,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Kelmarin, DAP menawarkan bantuan untuk menemani Edi ketika proses merakam kenyataan kepada pihak polis.

Lim turut berkata, pihaknya telah membuat temu janji pada jam 1 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya antara Edi Rejang dengan peguam DAP KA Ramu semalam.

Bagaimanapun, setibanya KA Ramu di IPD tersebut, pegawai penyiasat memaklumkan Edi Rejang telah hadir merakam kenyataan dengan seorang peguam Melayu lebih awal.

“Saya pun tak faham mengapa temujanji yang dah dicapai dengan pegawai penyiasat jam 1 petang dia tak hadir, tapi datang dengan peguam lain (pada malam sebelumnya).

“Saya ada hubungi dia (sejak kelmarin) tapi pada 7 petang dia dah switch off phone dia sampai petang (semalam), saya tak dapat hubungi,” katanya.

Anggota parlimen DAP itu turut berkata, pihaknya tidak mengetahui perkembangan lanjut Edi Rejang memandangkan individu tersebut tidak dapat dihubungi.

“Kita tak tahu apa perkembangan lanjut dia saya, tak tahu. Jadi saya bagitahu ahli perniagaan Cina yang nak tolong dia, saya kata letak tepi dulu (pertolongan itu) sehingga dia sedar diri, dia mahu orang tolong dia dan kita tengok bagaimana nak boleh bantu dia,” katanya.

Kontroversi tercetus apabila rakaman seorang lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang promoter yang menawarkan perasa percuma di bahagian tidak halal di sebuah pasar raya baru-baru ini menjadi tular. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS