Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lelaki buli promoter bir menyesal dan mohon maaf
Diterbitkan:  Nov 21, 2018 10:44 AM
Dikemaskini: Nov 22, 2018 8:37 AM

Lelaki yang dilaporkan menggunakan kata-kata kesat terhadap seorang promoter bir di sebuah pasaraya memohon maaf secara terbuka atas tindakannya yang tular di media sosial.

Dalam video lain yang dikongsi di Facebook oleh Syafiq Sunny, lelaki itu, yang mengenal dirinya sebagai Eddy Rejang, berkata dia kini mengakui kesilapannya dan menyesali tindakannya.

Oleh itu, dia berharap isu itu tidak akan dipanjangkan oleh mana-mana pihak, kerana katanya, dia telah bertemu MP Kepong, Lim Lip Eng dan juga meminta maaf kepadanya.

Eddy menambah bahawa Lim membertahunya yang satu pertemuan akan diatur dengan promoter itu.

Dalam reaksinya terhadap video yang tular itu, Lim membuat laporan polis mendesak langkah diambil untuk menangani ketegangan kaum di negara ini.

Eddy dilihat dalam klip itu secara agresif mempersoalkan seorang wanita yang bekerja sebagai seorang promoter bir di bahagian bukan halal sebuah pasaraya tempatan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias ​​mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

[Baca berita penuh]



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS