Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Ucapan 'berbisa' perwakilan tamatkan perang Rafizi, Azmin

Ucapan 'berbisa' perwakilan Perlis, Tengku Nazeri Tengku Aldin berjaya menyatukan kembali dua calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Mohamed Azmin Ali di Kongres Nasional PKR Ke-13 di Shah Alam petang ini.

Mewakili cabang PKR Arau, Nazeri menggesa 'kedua-dua mereka menghentikan pertelingkahan yang boleh merugikan parti memandangkan pemilihan sudah berakhir.

"Kita lawan bermati-matian sesama kita, tidak kira sama ada 'team Rafizi' ke atau 'team Azmin'. Tuan-tuan inikah yang kita ingin warisi kepada anak cucu kita?.

"Secara jelas saya katakan kita gagal, kita bergaduh kerana hendak tunjuk siapa terlebih hebat

"Saya minta 'team Rafizi', 'team Azmin' hari ini hentikanlah (pertelingkahan) masanya sudah habis," katanya sambil menerima tepukan gemuruh perwakilan dan pimpinan parti itu.

Sebaik Nazeri selesai membahas ucapan dasar, Rafizi mengangkat tangan Azmin yang juga menteri hal ehwal ekonomi serta berpelukan sebagai respon terhadap saranan Nazri sekali gus memberi isyarat 'perperangan' antara mereka tamat.

Pertelingkahan antara Rafizi dan Azmin bukan lagi rahsia pada pemilihan parti itu dalam persaingan merebut jawatan timbalan presiden.

Rafizi sebelum ini mengakui bertanding jawatan itu bagi menghalang Azmin yang didakwanya cuba menyekat kemaraan Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri kelapan.

Antara individu yang lantang membangkitkan perkara itu daripada kem Rafizi ialah anggota Parlimen Kapar, Abdullah Sani.

Abdullah mendakwa Azmin diatur oleh pemimpin tertinggi Bersatu termasuk berpakat dengan bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin bagi menyekat Anwar.

Bagaimanapun Abdullah kemudian memohon maaf kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad selepas diarahkan berbuat demikian oleh Anwar

Kaji semula sistem pemilihan

Sementara itu, Nazeri dalam ucapannya menggesa kepemimpinan baru PKR mengkaji semula sistem pemilihan parti itu ketika ini.

Katanya banyak kepincangan berlaku dalam pemilihan parti itu kali ini meskipun hanya kira-kira 200,000 ahli keluar menunaikan tanggungjawab.

Dengan mengambil contoh India yang mempunyai berjuta-juta pengundi berjaya menguruskannya dengan baik.

"Kepada pimpinan baru, buatlah pembaharuan (proses pemilihan parti), yang keluar undi tak sampai 200,000 tapi pengiraan berminggu-minggu tak habis lagi.

"Angkat JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) pergi India belajar macam mana cara mereka uruskan pilihan raya," katanya.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS