Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Najib patut pakai baju lokap SPRM - Kadir Jasin
Diterbitkan:  Nov 16, 2018 4:50 PM
Dikemaskini: 8:50 AM

Bekas perdana menteri, Najib Razak sepatutnya menyarung baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) warna jingga sebaik ditahan atas kesalahan rasuah, kata Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, A Kadir Jasin, lapor media tempatan.

Kadir dipetik BH Online berkata prosedur itu penting bagi memastikan semua pihak dilayan dengan sama rata.

“Amat membingungkan saya, beliau (Najib) patut memakai baju itu. Saya pasti ada saiz baju yang sesuai dengannya.

“Sebenarnya ini bukan soal saiz baju sebaliknya saya percaya semua orang perlu dilayan dengan adil. 

"Keadilan bukan saja perlu dilaksanakan, malah perlu dilihat untuk dilaksanakan,” katanya pada suatu majlis makan malam anjuran sebuah firma guaman di ibu negara, malam tadi.

Kadir memberi maklum balas terhadap soalan seorang hadirin yang bertanya mengapa Najib tidak memakai baju lokap SPRM ketika didakwa di mahkamah.

A Kadir juga menjelaskan pihak peguam perlu membuat ketetapan mengenai isu tersebut kepada pihak berkenaan.

Najib sebelum ini ditahan semalaman dan dihadapkan ke mahkamah untuk berdepan empat pertuduhan rasuah serta 21 pertuduhan jenayah pengubahan wang haram pada 20 September lalu mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM.

Ketika Najib dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, beliau tidak digari atau memakai baju lokap.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS