Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Zahid: Mat Hasan akan pertahan Rantau
Diterbitkan:  Nov 16, 2018 2:48 PM
Dikemaskini: 7:31 AM

Umno akan meletakkan penyandang asal kerusi dewan undangan negeri (DUN) Rantau, Mohamad Hasan sebagai calon untuk mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya semula yang akan diadakan.

Perkara itu ditegaskan oleh presidennya, Ahmad Zahid Hamidi dengan menyifatkan keputusan mahkamah "sudah dijangkakan".

"Keputusan mahkamah untuk PRK DUN Rantau sudah dijangkakan.

"Umno akan mencalonkan semula Mohamad Hassan. Jentera BN akan digerakkan sepenuhnya. Biarpun banyak kekangan dan halangan, kerusi Rantau mesti dipertahankan.

"Demi maruah dan kesinambungan mari Umno/BN perkasa kesatupaduan," katanya melalui kenyataan di Twitter.

Awal hari ini, mahkamah pilihan raya di Seremban memerintahkan kerusi DUN Rantau dikosongkan dan memutuskan kemenangan Mohamad pada pilihan raya umum ke-14 lalu sebagai tidak sah.

Mahkamah mengambil keputusan itu selepas mendapati Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Amino Agus Suyub tidak mengikuti peraturan dalam tindakannya menghalang calon PKR, Dr S Streram masuk ke pusat pencalonan pada 28 April lalu.

Streram pada 23 Mei lalu memfailkan petisyen pilihan raya memohon membatalkan keputusan SPR yang mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding Mohamad.

Mengulas keputusan mahkamah itu, Streram menyatakan harapan agar menjadi calon bagi DUN itu sekali lagi.

"Saya harap akan terpilih sekali lagi dalam pilihan raya itu nanti," katanya.


 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS