Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
BN tegur menteri kewangan tidur di parlimen
Diterbitkan:  Nov 12, 2018 12:51 PM
Dikemaskini: 5:24 AM

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa menyelar Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang didakwa tidur ketika wakil BN membahaskan Belanjawan 2019.

Annuar bahkan memuat naik gambar Lim yang bersandar di kerusi dengan mata terpejam di Twitter beliau hari ini.

“Shadow MenKew BN (menteri kewangan bayangan BN) sedang membahaskan Bajet 2019 mengemukakan Initiatif Ekonomi Rakyat(IER) / bajet alternatif.

“MenKew kerajaan tertidur... atau terus tidur?” tulisnya.

  Portfolio kewangan dipantau oleh anggota parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan tiga lagi anggota dewan undangan negeri (Adun) BN.

Bagaimanapun, di sebalik kritikan itu, anggota parlimen penyokong kerajaan tampil memuji Lim kerana menjadi menteri kewangan pertama hari sewaktu ucapan sulung pembangkang.

“Untuk kali pertama mungkin sejak beberapa dekad, menteri kewangan hadir sewaktu ucapan sulung pihak pembangkang.

“Tahniah @guanenglim (Lim), kita terus reformasi budaya demokrasi ke arah yang lebih baik dalam Malaysia Baharu ini!” tulis pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil yang juga anggota parlimen Lembah Pantai.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS