Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perisian hasad di Julau: Seorang ditahan polis
Diterbitkan:  Nov 11, 2018 1:22 PM
Dikemaskini: 5:37 AM

PEMILIHAN PKR | Seorang pegawai yang ditugaskan untuk menjalankan proses pengundian parti ditahan ekoran dakwaan wujudnya "serangan siber" pada sistem e-undi di Julau semalam.

Pengarah Pemilihan PKR Sarawak Desmond Kho mengesahkan penahanan itu kepada Malaysiakini hari ini.

Katanya pegawai terbabit ditahan polis di Sarikei.

Malaysiakini sedang menghubungi polis Sarikei bagi mendapatkan butiran lanjut.

Semalam proses pemilihan PKR cabang Julai terganggu selepas calon timbalan presiden Rafizi Ramli mendakwa ada perisian hasad (malware) dimasukkan ke peranti yang digunakan oleh anggota untuk mengundi.

Difahamkan seorang pegawai pemilihan dilihat memanipulasi tablet terbabit dengan memasang aplikasi dikenali sebagai Prey.

Ekoran itu Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR menggantung keputusan cabang Julau.

Penyandang jawatan ketua cabang di situ, Semana Sawang, bagaimanapun menafikan dakwaan Rafizi.

Seorang pakar teknologi maklumat kemudian menegaskan Prey bukan sejenis perisian hasad, malah pada laman sesawang aplikasi itu ia dinyatakan sebagai sejenis perisian anticuri bagi membolehkan pemilik sesuatu peranti mengesan alat mereka jika hilang.

Bagaimanapun ia juga dinyatakan boleh "memadamkan data serta fail secara kawalan jauh."

Ia juga membolehkan pemiliknya mengurus dan melakukan tugasan ke atas "ribuan peranti" secara serentak.

Sementara itu Pengerusi JPP Rashid Din menjelaskan kes di Julau sedang disiasat.


 


[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS