Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir bertitah kerajaan pusat perlu mengagihkan kuasa dalam dasar fiskalnya dan memberikan autonomi kepada negeri atas semangat persekutuan.
"Beta berharap kerajaan persekutuan yang baru akan bekerja sama dengan kerajaan negeri untuk secara seriusnya mempertimbangkan isu pengagihan kuasa dasar fiskal dan autonomi polisi kepada negeri dengan mengambil amalan terbaik daripada persekutuan demokratik lain di dunia.
"Mempertimbangkan hal ini akan melakarkan semangat sebenar Perlembagaan Persekutuan dan bukannya melencong daripadanya," jelas baginda.
Baginda bertitah melancarkan buku bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Hishamudin Mohd Yunus.
Tuanku Mukhriz turut bertitah rakyat Malaysia telah menunjukkan kepada dunia mereka mahukan demokrasi.
[Baca berita penuh]