Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Wakil syarikat teksi berang, tuntut mahu jumpa menteri

Demonstrasi yang dijadual berlangsung hari ini membabitkan 3,000 pemandu teksi dari seluruh negara lesu apabila hanya kelibat tiga wakil mereka muncul di pejabat Kementerian Pengangkutan, di Putrajaya.

Walau bagaimanapun ia tetap panas apabila Pengarah Big Blue Taxi Facilities, Datuk Shamsubahrin Ismail menengking wakil kementerian dengan alasan hanya ingin mengadakan pertemuan empat mata dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

"Kami tak mahu jumpa dengan setiausaha politik, wakil. Boleh suruh setiausaha politik letak jawatan.

"Kalau nak bincang bawa semua masuk sekali, bawa media," katanya.

Loke kini di Bangkok, Thailand manakala timbalannya pula, Datuk Kamaruddin Jaafar berada di Sarawak.

“Jadi, dia hantarkan wakil dan kita dah sampaikan pesanan kita, apa yang kita nak semua. Jadi, kita bagi tempoh dua minggu kepada menteri dan MOT,” katanya.

Shamsubahrin juga menjelaskan bahawa pembatalan perhimpunan hari ini dibuat selepas rundingan dengan polis yang meminta kerjasama pihak penganjur.

“Kita tak datang dengan pemandu (teksi) hari ini kerana semalam pihak berkuasa dah nasihatkan kita jangan bawa pemandu-pemandu.

“Jadi, kita ikut undang-undang,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan sejumlah 3,000 pemandu teksi di Lembah Klang tidak menolak menganjurkan perhimpunan aman secara besar-besaran meskipun telah berjumpa dengan setiausaha politik menteri pengangkutan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS