Hujan lebat dijangka berterusan di negeri Kelantan dan Terengganu sehingga Rabu (7 November) ini.
Menurut kenyataan dikeluarkan Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, amaran cuaca buruk itu diramal berlaku di jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Hujan lebat juga diramal berlaku di Pahang iaitu di Kuantan dan Pekan pada hari sama dengan amaran berwaspada dikeluarkan.
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak turut dijangka dilanda hujan lebat dalam tempoh Rabu (7 November) hingga Khamis (8 November), menurut kenyataan itu.
- Bernama