Ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho atau, Jho Low, berkata dia tidak bersalah dalam berdepan dengan pendakwaan oleh Jabatan Kehakiman AS (DOJ) semalam.
Dalam satu kenyataan yang dihantar oleh pasukan peguamnya pagi ini, seorang jurucakap mengulangi, antara lain, bahawa Low tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam 1MDB, atau dilantik oleh kerajaan Malaysia
"Seperti yang dinyatakan dalam dakwaan hari ini, Low tidak memegang jawatan rasmi dalam 1MDB, atau dilantik oleh Goldman Sachs, atau kerajaan Malaysia atau Abu Dhabi.
"Lebih-lebih lagi, penawaran bon yang diperincikan dalam pendakwaan iu dilaksanakan secara terbuka dan mengikut undang-undang antara institusi kewangan yang berpengalaman dan diselia dengan baik dan entiti-entiti kerajaan," kata kenyataan itu.
Ia juga menyatakan bahawa DOJ telah menyatakan bahawa Low "dianggap tidak bersalah sehingga terbukti bersalah".
Low seterusnya berkata DOJ telah menyatakan tuduhan dalam pendakwaan iu merupakan tuduhan dan dia 'tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah'.
"Low hanya meminta orang ramai berfikiran terbuka terhadap kes itu sehingga semua bukti dikemukakan, yang dia percaya akan membuktikan dia tidak bersalah," kata jurucakap itu.
DOJ telah menyatakan malam tadi bahawa ia telah mendakwa Low tanpa kehadirannya atas dakwaaan bersubahat untuk mengubah wang haram membabitkan berbilion dolar dari 1MDB dan berkomplot untuk melanggar Akta Amalan Rasuah Asing Amerika (FCPA).
Turut didakwa atas beberapa pertuduhan ialah Tim Leissner, bekas pegawai Goldman Sachs dan Roger Ng.
Leissner adalah nekas pengerusi Goldman Asia Tenggara manakala Ng, yang namanya penuh nama Ng Chong Hwa, bekerja untuk Goldman di Asia Tenggara.
Sementara itu, Wall Street Journal (WSJ) telah mengenal pasti pasangan Goldman yang kedua, yang telah disebut sebagai konspirator oleh pendakwa AS dan telah dirujuk sebagai "warga Itali" dalam kertas pertuduhan, sebagai Andrea Vella.
Vella didakwa mengetahui yang rasuah dibayar dan didakwa juga membantu Leissner melepasi pegawai patuh dalaman Goldman
"Vella diminta bercuti pada hari cuti Khamis, menurut seorang yang biasa dengan perkara itu, dua minggu selepas dia dilucutkan aripada tanggungjawab pengurusannya sebagai ketua bahagian perbankan pelaburan Goldman di Asia.