Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
MB: Istiadat pertabalan sultan tak beban kewangan Kedah
Diterbitkan:  Nov 1, 2018 2:28 PM
Dikemaskini: 6:28 AM

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menolak dakwaan kononnya istiadat pertabalan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah baru-baru ini adalah sesuatu yang membebankan kerajaan negeri.

Menurutnya, semua perbelanjaan sememangnya memenuhi belanjawan untuk tahun ini dan berada dalam kawalan.

"Tiada perbelanjaan melebih bajet malah Sultan dan Sultanah juga sangat prihatin akan soal berkenaan supaya istiadat dilangsungkan ini tidak melebih peruntukan ditetapkan.

"Buktinya, Sultan Sallehuddin memperkenankan supaya sambutan hari keputeraan baginda serta darjah kurniaan bintang tidak diadakan untuk tahun ini.

“Itu merupakan salah satu cara mengurangkan kos bagi memberi tumpuan kepada istiadat pertabalan," kata Mukhriz yang dipetik Utusan Malaysia Online selepas mempengerusikan mesyuarat exco) di Wisma Darul Aman, semalam.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, ulasan Mukhriz dipercayai merujuk tulisan Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin di blog pada 30 Oktober lalu yang bertajuk 'Selamat Bertakhta Al Aminul Karim'.

Beberapa pihak termasuk Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa artikel itu menghina Raja-raja Melayu dan boleh mencetuskan prasangka buruk terhadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Johari juga memberitahu wartawan bahawa laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat bagi membolehkan siasatan dibuat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS