Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Tiada pilihan', PKR S'wak mengadu ke SPRM
Diterbitkan:  Oct 25, 2018 3:06 PM
Dikemaskini: 7:06 AM

PEMILIHAN PKR l Sekumpulan pemimpin PKR Sarawak membuat laporan kepada SPRM hari ini setelah bantahan mereka berhubung kejanggalan dalam pemilihan parti berkenaan, terutamanya mengenai keanggotaan di cabang Julau, tidak dihiraukan.

Ini didedahkan oleh ketua penerangan PKR Sarawak, Vernon Albert Kedit yang membuat laporan itu di ibu pejabat SPRM di Kuching pagi ini.

Menurut Setiausaha PKR Sarawak, Nicholas Bawin, bantahan tersebut terpaksa dibuat berikutan tiada tindakan susulan diambil oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

"Setiausaha Agung parti semalam telah mengeluarkan kenyataan bahawa senarai ahli dimuktamadkan dan bantahan dibuat melebihi tempoh ditetapkan.

"Kami tiada pilihan selain membawa perkara ini kepada SPRM berikutan kejanggalan (irregularities) dan tidak mematuhi peraturan yang sudah dibangkitkan mengikut saluran parti," katanya.

Pada 17 Oktober lalu, Kedit mengemukakan aduan berhubung kejanggalan keanggotaan dalam PKR cabang Julau yang menyaksikan tambahan jumlah ahli kepada lebih 13,000 daripada 603 pada Jun lalu dalam satu hari menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti pusat itu.

Pengisytiharan bersumpah yang dibuatnya juga mengandungi beberapa dakwaan tentang salah laku terhadap Ahli Parlimen Julau Larry Sng yang menyertai parti itu pada 11 Mei dan cuba menguasai kepimpinan PKR Julau dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung. Sng telah mengancam untuk menyaman Kedit.

Dokumen berkenaan juga dikatakan telah dihantar ke ibu pejabat parti tetapi tidak diendahkan.


[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS