Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri, 2 MP dapat surat amaran PKR
Diterbitkan:  Oct 24, 2018 4:45 PM
Dikemaskini: 9:06 AM

PEMILIHAN PKR | Seorang menteri PKR dan dua anggota parlimennya yang menjadi calon dalam pemilihan parti dilayangkan surat amaran selepas aduan dibuat terhadap mereka kepada Jawatankuasa Aduan, Rayuan dan Disiplin PKR.

Ketiga-tiganya ialah Menteri Sumber Asli, Tanah dan Galian Xavier Jayakumar, Anggota Parlimen Johor Bharu Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan MP Hulu Selangor June Leow Hsiad Hui.

Jayakumar dan Leow bersaing untuk jawatan majlis kepimpinan pusat PKR manakala Akmal berjaya mempertahankan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Johor Bharu ketika pemilihan parti pada 30 September lalu.

Dalam suatu kenyataan hari ini, bagaimanapun jawatankuasa disiplin parti itu berkata surat yang dikeluarkan terhadap mereka tidak menyebut butiran sebab-sebab amaran.

Jawatankuasa itu juga berkata menerima aduan kesalahan pilihanraya yang dilakukan mereka.

Keputusan cabang Johor Bharu

Akmal didakwa pencabarnya Richard Tan sebagai 'mengajar' anggota PKR pada hari pengundian. Beliau menafikan dakwaan tersebut.

Jawatankuasa itu berkata ia akan mengeluarkan surat amaran terhadap Akmal tetapi keputusan pemilihan cabang Johor Bharu akan dikekalkan.

Jawatankuasa disiplin telah bermesyuarat pada 17 Oktober lalu tetapi hanya membuat keputusan pada pertemuan hari ini.


Baca Akmal nafi ajar anggota PKR buat undian


PKR satu-satunya parti di Malaysia yang membenarkan semua anggotanya untuk mengundi dalam pemilihan parti melalui sistem "satu orang satu undi."

Pemilihan PKR pada tahun ini yang bermula pada 22 September terpalit kekecohan masalah teknikal dan dakwaan salah laku.

Aduan dalaman dan laporan polis dibuat berhubung beberapa isu termasuklah kejanggalan keahlian, pengundi hantu dan undi yang tidak dikira.

Jayakumar ialah calon dalam pasukan penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, manakala Leow dan Akmal pula bersekutu dengan pesaing Azmin, Rafizi Ramli.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS