Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gerakan Negeri Sembilan isytihar sokong Anwar di PD
Diterbitkan:  Oct 10, 2018 4:05 PM
Dikemaskini: 8:35 AM

Gerakan Negeri Sembilan menyatakan sokongannya terhadap calon Pakatan Harapan di Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor akhbar Cina.

Anwar dilaporkan bertemu 120 anggota parti itu dan pengerusi DAP Negeri David Choong kelmarin, menurut China Press.

Harian itu melaporkan kedua-dua pihak setuju bekerjasama dalam pilihan raya kecil, dengan seramai 2,072 anggota gerakan di parlimen itu akan mengundi Anwar.

Choong dilaporkan berkata mesyuarat itu disusun selepas permohonan akar umbi yang mahu melihat lebih pembangunan di Port Dickson.

“Anggota parlimen mahu mengundi dan tidak mahu merosakkan undi, mereka minta bantuan saya menentukan hala tuju supaya mereka tidak menjadi tidak tentu arah,” katanya.

Gerakan Negeri Sembilan memutuskan menyokong Anwar dengan mengambil kira langkah itu memberi manfaat kepada gerakan dan akar umbi parti itu, katanya.

Choong berkata beliau mengambil tanggungjawab penuh atas tindakan yang mungkin dikenakan terhadapnya oleh parti.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai langkah pertama kerjasama Gerakan dengan PRK. Beliau juga tidak menolak sebarang kerjkasama di masa depan.

Gerakan Jun lalu mengumumkan keluar BN setelah parti itu hilang penguasaan kali pertama di peringkat pusat dalam pilihan raya 9 Mei.

Malaysiakini sedang mendapatkan pemimpin pusat Gerakan berkaitan langkah itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS