Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
TLDM sedia gerak aset ke Sulawesi, Indonesia
Diterbitkan:  Oct 8, 2018 4:50 PM
Dikemaskini: 8:57 AM

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedia menggerakkan aset pasukan bagi bantuan misi kemanusiaan di Palu, Sulawesi, Indonesia sekiranya diperlukan, kata Panglimanya Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Beliau berkata Kapal Auksiliari Tun Azizan (KA TAZ) sudah bersedia di perairan negara untuk digerakkan pada bila-bila masa.

"Setakat ini, kita sudah menyediakan kapal Tun Azizan dan berada dalam keadaan siap siaga dalam tempoh 24 jam untuk digerakkan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pemakaian Pangkat Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) TLDM, di KD Sri Gombak di Kuala Lumpur, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini TLDM masih belum menerima permohonan daripada negara jiran itu untuk tujuan berkenaan.

Setakat ini, pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merupakan antara pesawat antarabangsa yang berjaya menghantar bantuan terus ke Palu dari Pangkalan Udara Halim Perdana Kusuma Jakarta manakala pesawat C130H milik TUDM pula dari Balikpapan.

Terdahulu pada majlis berkenaan, 28 anggota TLDM daripada pelbagai bidang dan kepakaran menerima kenaikan pangkat masing-masing sebagai penghargaan terhadap tanggungjawab yang dilaksanakan dalam perkhidmatan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS