Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

PRK PD | Masuk hari kelima pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson, calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kemunculan mengejut di majlis penganugerahan pingat kepada pesara tentera di Port Dickson.

Anwar tampil ketika Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sedang menyampaikan anugerah di Muzium Tentera Port Dickson.

Selepas bersalaman dengan tetamu kehormat, beliau mengambil tempat duduk di baris hadapan.

Pada PRK Sungai Kandis 4 Ogos lalu, antara kategori kesalahan pilihan raya yang digariskan BERSIH adalah penggunaan harta dan program kerajaan.

Ketika ditemui selepas itu, Anwar menjelaskan bahawa beliau hadir bukan untuk bertemu pengundi Port Dickson.

Kata Anwar, 110 pesara tentera yang menerima pingat adalah dari merata negeri dalam Malaysia.

Anwar turut sempat menyertai Mohamad di meja tetamu kehormat untuk menikmati hidangan makanan.

Presiden PKR itu kemudian menuju ke majlis seterusnya yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar dilihat menaiki kenderaan rasmi yang dinaiki Mohamad.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS