Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PRK PD | Membalas semula kritikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, calon Pakatan Harapan (HARAPAN) PRK Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata anggota PAS sendiri pernah mengikutnya menyertai program di kuil ketika era Pakatan Rakyat.

"Dulu ketika saya pergi (ke program di kuil) semasa Pakatan Rakyat (masih ada), boleh. Sekarang tak boleh.

"Ahli PAS juga ikut saya (ke program di kuil) dulu," kata presiden PKR itu semasa sidang media di pusat operasi HARAPAN di Port Dickson hari ini.

Dalam ceramah semalam, Abdul Hadi yang juga presiden PAS menyifatkan Anwar sebagai tidak konsisten kerana menunjukkan sikap berlainan di depan kelompok yang berbeza.

Beliau berkata Anwar akan menjadi imam jika ke masjid, berpakaian seperti seorang Sikh jika ke gurdwara dan menari tarian Tamil jika ke kuil.

"Kita hidup dalam masyarakat pelbagai budaya. Kita menghormati kebebasan memeluk mana-mana agama, tetapi kita mesti konsisten dengan agama dan kaum kita," katanya.

Anwar menjelaskan kunjungan beliau ke rumah ibadat agama lain bukan untuk bersembahyang tetapi hanya hadir ke program kebudayaan.

"Dalam tradisi Islam, kita menghormati hak kebebasan agama," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS