Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

PAU 2018 | Umno dapat mengharungi kekangan kerana akaun parti itu dibekukan jika organisasi itu mencairkan sebahagian asetnya yang bernilai berbilion ringgit, saran Naib Ketua Pemudanya Shahril Hamdan.

"Umno ni bukan parti tubuh semalam, asetnya semalam. Asetnya (bernilai) bilion (ringgit).

"Bukan dalam akaun bank. Bukan dalam pegangan kerajaan. Tapi dalam tangan orang Umno sendiri.

"Cairkan sebahagian kecil aset ini hantar terus ke bawah

"Waktu kita ada kuasa, kat bawah ini tak dapat apa-apa pun. Tiada rumah besar. Tiada simpanan RM2 juta. Maka bantulah sikit tak apa tetapi jangan tiada apa-apa," kata Shahril dalam menggulung perbahasan persidangan Pemuda Umno di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut laporan, kira-kira 900 akaun Umno dibekukan pada Jun lalu kerana siasatan skandal 1MDB.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan di antara 2011 dan 2013, BN Selangor menerima sekitar RM60 juta daripada akaun peribadi Najib. Dana itu dipercayai berkait dengan 1MDB.

Umno "lawan tetap lawan"

Shahril berkata dana itu boleh digunakan untuk kegiatan parti yang mana diakui tidak akan sebesar dulu lagi.

Sementara itu, Shahril menyuarakan sentimen perwakilan Pemuda Umno yang tidak berapa senang dengan rancangan Presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dengan bergabung bersama mana-mana parti Pakatan Harapan.

"Kalau anggap kerjasama itu bagus untuk parti teruskan

"Tetapi tak kan itu hala tuju utama kita

"Orang lain nak jadi perdana menteri kita nak jadi broker ke?" Soal beliau.

Beliau berkata Umno tidak perlu takut menjadi parti pembangkang dan mengambil iktibar cogan kata PKR, "lawan tetap lawan."

[Baca berita penuh]

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS