Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

PAU 2018 | Perwakilan Pergerakan Puteri Umno berikrar untuk tidak mengkhianati parti itu "selagi hayat di kandung badan" pada penghujung perhimpunan tahunan sayap Umno tersebut.

Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan mengetuai bacaaan ikrar tersebut.

"Kami bertekad terus setia bersama Umno. Selagi nyawa di kandung badan, kami akan terus istiqamah, kami tidak akan berundur walau selangkah, kami tidak akan mengkhianati parti," baca beliau dengan lantang selepas memakai pengikat kepala bertulis tema pehimpunan tahun ini, "Umno, sebuah perjuangan."

Bekas ketua sayap Umno itu dan Anggota Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin antara enam MP yang telah keluar parti itu.

Awal bulan ini, dua bekas menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamad dan Tan Sri Anifah Aman membuat keputusan meninggalkan Umno.

Sebelum itu, MP Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, MP Bagan Serai, Datuk Noor Azmi Ghazali dan ADUN Sukau Saddi Abdul juga bertindak keluar daripada bekas parti pemerintah itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS