Umno adalah parti yang sedang menunggu menjadi kerajaan dan berharap dapat kembali berkuasa dengan membentuk "kerajaan perpaduan" dengan mana-mana parti Pakatan Harapan tidak lama lagi, kata presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
'Kami terbuka (untuk bentuk kerajaan perpaduan) sebelum atau selepas Anwar Ibrahim jadi perdana menteri.
"Sebarang perbincangan dengan mana-mana parti tidak akan mempunyai tempoh masa yang ditetapkan atau tarikh akhir kerana sebarang keputusan mesti mempunyai persetujuan dari kedua belah pihak.
"Saya perlu menghormati pendapat rakan-rakan saya dalam Umno dan BN.
"Bagaimanapun, lebih cepat lebih baik," katanya dalam temu bual dengan akhar New Straits Times, yang diterbitkan hari ini.
Menurut laporan itu, Zahid berkata demikian ketika ditanya sama ada keputusan BN untuk memboikot pilihan raya kecil Port Dickson ada kaitan dengan usaha menjalin perikatan dengan PKR atau BERSATU.
Ahli Parlimen Umno sebelum ini menyokong usaha Zahid untuk meneroka kemungkinan membentuk hubungan dengan parti-parti lain.
Perkembangan ini juga menimbulkan persoalan mengenai komitmen Umno mengadakan hubungan tidak formal dengan PAS.
Umno juga aktif membantu PAS semasa pilihan raya kecil Seri Setia dan merasakan pemimpin tertinggi mereka ke muktamar PAS dua minggu lalu.