Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kesatuan pekerja harap Nazir tak jadi pergi
Diterbitkan:  Sep 26, 2018 2:11 PM
Dikemaskini: 6:13 AM

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) mendesak Datuk Seri Nazir Razak mempertimbangkan semula peletakan jawatannya sebagai pengerusi CIMB Group Holdings Bhd.

Setiausaha NUBE J Solomon berkata, tidak ramai pengerusi atau presiden yang berkaliber sepertinya dalam industri itu.

Solomon justeru berkata, pemergiannya akan menjadi “kehilangan besar” kepada sektor perbankan.

“Perlu disebut, seperti orang sepertinya di Maybank dan Public Bank, beliau memimpin usaha memanusiakan dasar-dasar pekerjaan di bank untuk kepentingan pekerja-pekerja.

“NUBE berharap beliau akan mempertimbangkan semula keputusannya dan terus menyumbang kepakaran dan pengetahuannya kepada industri perbankan dan yang berkaitan dengannya di Malaysia,” katanya.

Nazir kelmarin mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi dan semua jawatan lain dalam Kumpulan CIMB berkuatkuasa pada 31 Disember 2018.

Nazir berkata keputusannya dibuat untuk melengkapkan pelan penyusunan semula empat tahun CIMB yang dilancarkan pada 2014.

Adik bekas perdana menteri BN Datuk Seri Najib Razak itu sudah berkhidmat di CIMB sejak 1989 dan menjadi pengerusi kumpulannya sejak 2014.

Spekulasi bertiup bahawa pengundurannya itu mempunyai kaitan dengan kegagalan abangnya mempertahankan kerajaan BN pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.

[Baca berita asal]

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS