Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata anggota yang mendaftar selepas 26 Jun tidak layak mengundi dalam pemilihan parti yang bermula esok.

"Ada kira-kira 840,000 pengundi sekarang.

"Sesiapa yang mendaftar sebagai ahli antara 9 Mei hingga 26 Jun layak mengundi. Bagi mereka yang mendaftar selepas itu tidak boleh (menyertai pemilihan parti kali ini)," katanya kepada media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan berlaku peningkatan keanggotaan secara drastik dalam PKR pada Jun lalu dan ia membimbangkan sesetengah pemimpin akar umbi kerana dianggap boleh memberi kesan kepada keputusan pemilihan parti.

Malaysiakini juga meneliti beberapa cabang PKR yang mencatat pertambahan jumlah keanggotaan terbanyak dari beberapa negeri serta mendapati peningkatan ahli memuncak menjelang tarikh akhir kelayakan mengundi, iaitu 26 Jun.

Sementara itu Saifuddin menafikan pertambahan ketara itu berlaku kerana dipengaruhi oleh pemilihan dalaman parti terbabit.

"Mengapa kami perlu buat begitu? Peningkatan berlaku disebabkan terutamanya kerana PKR membentuk kerajaan dengan Pakatan Harapan.

"Daya penarik ini begitu kuat berbanding semasa PKR menjadi pembangkang.

"Kedua, kemasukan anggota baru menunjukkan keyakinan semakin tinggi daripada orang ramai terutama terhadap PKR," katanya.

Beliau yang diberi tugas mengetuai Kementerian Perdaganan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna selepas PRU ke-14 lalu menafikan parti terbabit sengaja menambah keanggotaan untuk menghadapi pemilihan.

"Bagi saya pertambahan keanggotaan berlaku kerana minat yang bertambah selepas PKR menjadi sebahagian daripada kerajaan," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS