Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Billion Dollar Whale' dakwa Jho Low lebih suka disanjung, bukan seks
Diterbitkan:  Sep 21, 2018 10:22 AM
Dikemaskini: 12:11 PM

Walaupun gemar dikelilingi wanita cantik dan terkenal, namun keghairahan Jho Low ialah dia suka disanjung kerana "kuasanya dan prestijnya" melebihi keghairannya terhadap seks, dakwa buku yang baru dilancarkan mengenai jutawan buruan itu.

Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World yang dilancarkan pada hari Selasa, menggariskan butiran perbelanjaan besar Low dan berpesta mewah sebelum dia diburu berkaitan dengan dakwaan menyeleweng berbilion dana 1MDB.

Buku 400 muka surat itu, yang dikarang oleh wartawan The Wall Street Journal Tom Wright dan Bradley Hope, mendakwa Low berbelanja jutaan dolar mengadakan parti dan minuman keras, selalunya dengn kehadirian selebriti seperti Paris Hilton.

Dan Low pernah membeli Cristal champagne, bernilai €2 juta dalam perang bidaan di kelab eksklusif di Saint-Tropez di Riviera Perancis.

Malah ia memperincikan kewangan Low yang dikehendaki di beberapa negara termasuk di Malaysia kerana dakwaan pengubahan wang haram - membelanjakan hampir AS$1 juta dalam satu 'date' dengan bintang pop Taiwan, Elva Hsiao pada tahun 2010.

Ketika 'date' di sebuah hotel mewah di Dubai, Atlantis, The Palm, pengarang mendakwa Low mengadakan parti peribadi di tepi pantai dan kemudian menghadiahkannya rantai leher Chopard dan loket bertatah permata, yang dikatakan dibwa oleh lelaki bertuxedo yang diperacut dari sebuah helekopter.

"Hsiao dikatakan menitiskana air mata terharu dengan sambutan yang dilaporkan menelan belanja lebih AS$1 juta. Dan itu hanya satu 'date', bukan pun tawaran perkahwinan.

Semua ini berlaku, dakwa penulis itu, ketika Low mempunyai hubungan dengan Jesselynn Chuan Teik Yin dari Pulau Pinang, yang kemudian dikahwininya.

"Low selalunya terbangkannya (Chuan) ke Amerika Syarikat ... Dia akan diasingkan di sebuah hotel atau pangsapuri Low, dengan ditemani wanita kenalan Low seperti Catherine Tan, dan Jasmine Loo, seorang peguam 1MDB.

"Walaupun Low melayannya secara hormat di khalayak ramai, dia juga ada tabiat menghadiahkan kereta mewah dan barang kemas kepada wanita lain, dan membayar model di suite hotel, kelab, dan di atas kapal layar," demikian menurut buku itu lagi.

Penulis juga mendakwa bahawa pada Februari 2017, apabila menjadi bahan banyak siasatan, Low melindungi Chuan dan anak lelaki mereka, di atas kapal layar mewah Equanimity serta di pangsapuri dan hotel di Thailand dan China bagi mengelak kemungkinan ditangkap.

Ia menyatakan: "Takut ditangkap jika dia pergi ke mana-mana negara Barat, dia tinggal di bot dan di pangsapuri di St. Regis Bangkok dan Pacific Place di Hong Kong.

"Thailand yang dikuasai oleh junta tentera, merupakan tempat yang selamat untuk Low. Manakala China melihatnya sebagai aset strategikl.

Low yang sentiasa menafikan semua tuduhan terhadapnya, dilaporkan cuba menghalang pengedaran Billion Dollar Whale dengan menghantar surat yang mengancam kepada kedai buku di seluruh dunia.

Semasa pelancaran buku di New York, penulis Wright dan Hope mengucapkan bahawa mereka harus "berterima kasih" kepda Low kerana usahannya tiu telah memberi publisiti kepada buku itu.

[Baca berita penuh]

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS