Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rais cadang kembalikan gandingan Dr M-Anwar dalam k'jaan
Diterbitkan:  Sep 19, 2018 3:55 PM
Dikemaskini: 7:57 AM

Tan Sri Rais Yatim mencadangkan agar Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali bergandingan dalam mentadbir negara.

Beliau berkata ia ibarat menyambung semula 'ramuan' pada tahun 1997.

Untuk itu, beliau mencadangkan agar Anwar menggantikan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri.

"Apa kata Mahathir dan Anwar bergabung tenaga semula? Mahathir terus jadi perdana menteri dan Anwar ambil tempat Wan Azizah.

"Cuba dua tahun, kalau serasi habiskan sepenggal. selepas itu Anwar nakhodai kapal baru," katanya di Twitter, hari ini.

PRK Port Dickson bakal diadakan tak lama lagi bagi memberi laluan kepada Anwar - yang juga bakal menjadi presiden PKR - kembali ke Parlimen.

Namun Anwar sebelum ini berulang kali menegaskan beliau tidak akan menuntut sebarang jawatan dalam kerajaan, sebaliknya mahu kekal sebagai anggota parlimen biasa.

Menurut persetujuan sebelum PRU ke-14, Anwar akan menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri dalam penggal pertama pentadbiran, tetapi tiada tempoh masa muktamad yang ditetapkan.

Rais yang kini merupakan ahli BERSATU berkata PKR mungkin tidak setuju dengan cadangannya itu.

"Tetapi ini yang terbaik untuk serai serumpun sirih setepak," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS