Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
PATRIOT kecam perbarisan anggota PAS dalam seragam serupa tentera
Diterbitkan:  Sep 16, 2018 11:35 AM
Dikemaskini: 3:40 AM

Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) menggesa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan berhubung pakaian perbarisan yang terdiri daripada Jabatan Amal yang disifatkan menyerupai pakaian tentera.

"Menyaksikan Hadi membuat pemeriksaan perbarisan yang memakai pakaian yang sangat menyerupai seragam dan medal tentera nombor satu menimbulkan rasa terkejut dan tidak percaya di kalangan pesara tentera.

"Seksyen 140 Kanun Keseksaan (Akta 574) menyatakan bahawa adalah satu kesalahan bagi sesiapa yang bukan anggota tentera memakai pakaian, atau membawa sebarang tanda penghargaan yang menyerupai pakaian atau medal tentera," kata Presiden PATRIOT Datuk Mohamed Arshad Raji.

Arshad berkata demikian sebagai merujuk program perasmian Muktamar PAS ke-64 yang dirasmikan Hadi di Kuala Terengganu, semalam.

"Sebelum perkara ini menjadi tidak terkawan, PATRIOT menggesa Kementerian Pertahanan dan KDN mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya.

Arshad menjelaskan bahawa seragam tentera Malaysia nombor satu biasanya dipakai oleh tentera pada majlis rasmi atau program penting.

"Pemeriksaan perbarisan di dalam tentera dan polis, yang diadakan dengan pakaian rasmi (tentera), biasanya untuk penghormatan kepada golongan istana, perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri pertahanan dan panglima.

"Ini merupakan perkara serius dan tidak seharusnya digunakan oleh mana-mana organisasi yang dianggap menghina tradisi tentera," katanya.

Arshad turut menegaskan bahawa Angkatan Tentera Malaysia perlu menjaga tradisi ketenteraan.

"Seragam tentera perlu dijaga daripada disalahgunakan oleh pihak lain yang tidak layak memakainya. Dalam kejadian pemeriksaan perbarisan anggota PAS yang memakai pakaian seperti seragam tentera nombor satu, PATRIOT berharap panglima tentera atau ketua pegawai menjadi yang terawal menegur perkara ini.

"Maruah, integriti dan tradisi tentera dan polis perlu diangkat. Ini masa yang tepat bagi menghentikan pihak yang bukan tentera atau organisasi bukan tentera memakai seragam tentera atau yang kelihatan seperti seragam tentera," katanya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS