Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zahid dan pemimpin tertinggi Umno hadiri muktamar PAS

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengotakan janji yang dibuatkan beberapa hari lalu dengan mengetuai delegasi pemimpin tertinggi Umno hadir ke muktamar PAS di Kuala Terengganu.

Ketibaan Zahid yang juga ketua pembangkang  disambut Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan dan kemudiannya dialu-alukan anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Antara pemimpin Umno yang menemani Zahid hadir ke perhimpunan agung tahunan PAS itu ialah Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Setiausaha Agung Tan Sri Annuar Musa.

Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hassan dan seorang lagi naib presiden Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun tidak menyertai rombongan tersebut.

Ketika Zahid masuk ke Stadium Kuala Terengganu kira-kira jam 8.40 pagi, perwakilan bersalaman dengannya.

Zahid diiringi ke pentas untuk duduk bersama pemimpin tertinggi PAS.

Presiden Abdul Hadi Awang tiba kira-kira 15 minit kemudian.

Selepas bersalaman, Zahid kelihatan memegang tangan Hadi ketika mereka berteguran.

Pemimpin Umno lain mengambil tempat duduk mereka di barisan hadapan perwakilan PAS.

Pada Khamis, Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi juga menghadiri perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS.

Zahid mula-mula menerima undangan ke muktamar ketika berkempen untuk PAS dalam pilihan raya kecil Seri Setia.

Selepas menerima jemputan, Zahid berjanji untuk membawa kepimpinan tertinggi Umno, termasuk timbalannya, ke muktamar PAS tahunan itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS