Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images

Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Seri Setia akan menjadi keutamaan ADUN baru PKR Halimey Abu Bakar yang berkata beliau berazam meneruskan usaha pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.

“Alhamdulillah, hari ini kita berjaya mengekalkan kerusi DUN Seri Setia ini adalah kemenangan rakyat semua.

”PPR Lembah Subang adalah misi dan visi saya, yang mana saya akan berbincang dengan menteri KPKT dan Exco Haniza Talha serta saya akan jadi penghubung bagi menyelesaikan masalah rakyat ini,” katanya dalam sidang media di Dewan Sivik, Petaling Jaya, malam ini.

Beliau yang juga bekas ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya berkata peratusan keluar mengundi yang rendah hari ini disebabkan faktor cuti panjang dan cuaca yang tidak mengizinkan.

”Jangkaan sasaran kita adalah 60 peratus tetapi yang keluar hanyalah 44 peratus. Saya dah beritahu kita akan cuti panjang dan ini yang menakutkan saya dan itulah hasilnya.

“Pertama kerana masalah cuti panjang, kedua cuaca tak berapa baik. Kita sudah buat kerja sebaik mugkin,” katanya.

Halimey ketika menjawab soalan, menafikan jika peratusan rendah berpunca daripada boikot pengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya secara rasmi mengumumkan Pakatan Harapan telah mengekalkan DUN Seri Setia.

Menurut pegawai SPR, calon HARAPAN Halimey Abu Bakar mendapat 13,725 undi manakala calon PAS Dr Halimah Ali memperolehi 9,698 undi.

HARAPAN menang dengan majoriti undi sebanyak 4,027. Terdapat juga 164 undi rosak.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS