Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Abu Hassan meninggal dunia
Diterbitkan:  Sep 8, 2018 9:50 PM
Dikemaskini: 2:03 PM

Tan Sri Abu Hassan Omar yang pernah menjadi menteri besar Selangor ke-12 dilaporkan meninggal dunia, malam ini.

Menurut Sinar Harian, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Colombia sebentar tadi dipercayai akibat masalah jantung.

Urusan pengkebumian dijangka dibuat esok.

Abu Hassan menjadi menteri besar Selangor dari 1997 sehingga 2000.

Abu Hassan mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Muhammad Muhd Taib selepas meletak jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Allahyarham juga pernah dilantik menjadi pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Malaysiakini mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan dan kenalan Allahyarham. Al-Fatihah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS