Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Laporan: Wisma MCA akan diroboh bagi bina menara 70 tingkat
Diterbitkan:  Sep 1, 2018 6:20 PM
Dikemaskini: 10:25 AM

Wisma MCA yang kini menempatkan ibu pejabat MCA akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan menara 70 tingkat, lapor The Edge.

Perkembangan itu merupakan sebahagian rancangan pembangunan semula oleh MCA.

Laporan The Edge itu memetik dokumen cadangan yang diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Laporan itu juga diterbitkan di portal The Edge Property.

"Cadangan awal parti politik itu yang diserahkan kepada DBKL mendedahkan bahawa rancangan itu adalah untuk pembinaan menara tunggal dengan ruang pejabat, 253 bilik hotel, 46 apartment dan tujuh ruangan parkir; dan kelulusan bersyarat daripada pihak berkuasa diperoleh pada November.

"Bagaimanapun, cadangan baru diserahkan pada 13 Julai yang melibatkan perobohan ibu pejabat 23 tingkat itu dan membina menara 70 tingkat dengan 'ruangan parkir lapan tingkat, 328 bilik hotel yang akan mengisi 24 tingkat dan dua tingkat ruangan rehat dan restoran di tingkat 68 dan 69'," kata laporan itu.

Laporan itu menambah bahawa rancangan berkenaan diluluskan DBKL pada 2 Ogos.

The Edge, memetik analisis, berkata ia merupakan "idea yang baik" untuk membuka nilai aset berkenaan.

"Wisma MCA terletak di lokasi tumpuan dan strategik di pusat bandar Kuala Lumpur. Ia berhampiran dengan stesen LRT Ampang dan stesen MRT Ampang Park. Maka ia mempunyai kebolehaksesan yang sangat baik.

"Bagaimanapun, masa untuk pembinaannya tidak kondusif kerana negara mengalami ekonomi perlahan, dengan pasaran hartanah sedang mengalami lebihan bekalan bagi apartment/kondominium tinggi di Lembah Klang," kata Pengarah Eksekutif LaerelCap yang merupakan penilai hartanah di Stanley Toh dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, Ketua Perunding ExaStrata Solutions Sdn Bhd, Adzman Shah Mohd Ariffin dipetik sebagai berkata bahawa Wisma MCA 23 tingkat ketika ini tidak menggunakan potensi pembangunan sepenuhnya, dan memberi peringatan berhubung lebihan bekalan di pusat bandar.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS