Jualan petrol RON95, RON97 dan diesel dikecualikan daripada cukai buat masa ini.
Bagaimanapun keadaan mungkin berubah jika harga komoditi itu jatuh, kata ketua pengarah kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy.
Dalam taklimat cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan dua hari lagi, beliau berkata kegiatan penapisan minyak tetap harus didaftar dengan Jabatan Kastam.
“Sebabnya kerana harga minyak mentah amat tinggi. Ketika harga minyak mentah amat rendah, tiada kemungkinan cukai dikenakan.
“Kita tidak tahu bila, mungkin beberapa tahun lagi. Kita daftar saja dulu,” katanya sambil meminta pemberita tidak menulis perkara itu kerana ia tidak dicukaikan.
Selain itu, lampin, tuala wanita dan tampon dikecualikan daripada cukai.