Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Keranda yang diperbuat daripada kayu serta makanan untuk bayi dikecualikan daripada cukai jualan, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah memuat naik cadangan barang-barang yang dikecualikan daripada cukai jualan yang dikemas kini pada 21 Ogos lepas.

Katanya kenyataan tersebut dibuat susulan dakwaan Anggota Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pada 23 Ogos lepas menerusi The Star Online berkaitan dengan keranda dan makanan bayi yang dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

"Dengan penjelasan ini, JKDM berharap isu ini selesai dan tidak mengelirukan rakyat dan pengguna," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS