Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

PRK BALAKONG | MCA akan menjadi jurucakap rakyat yang lebih baik jika menerima sokongan, kata timbalan presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Pada ceramah di pasar malam Perimbun di Balakong semalam, Wee menggunakan perumpamaan bahawa isteri akan menjadi lebih baik sekiranya dipuji oleh suaminya.

"Ia ibarat apabila isteri anda masa sup timun untuk anda. Baunya sedap, tapi jika anda tidak puji isteri sebelum dia masuk dapur, dia tidak akan masak untuk anda esok hari.

"Orang politik pun macam itu. Mereka perlukan undi anda, tepukan dan sokongan. Jika anda beritahu isteri anda sup timun dia sedap, esoknya dia akan masak sup itik untuk anda.

"Orang politik macam pasangan anda, perlukan pujian dan tepukan. Saya merayu kepada anda semua untuk beri peluang kepada Tan Chee Teong," katanya merujuk calon MCA untuk pilihan raya kecil (PRK) Balakong.

Tan, 40 yang merupakan ahli perniagaan akan berdepan dengan calon DAP Wong Siew Ki, 32 pada PRL 8 September depan.

Sementara itu, Wee berkata mengundi Tan adalah "beli satu, percuma satu", kerana pengundi Balakong akan masih di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) di peringkat negeri dan dalam masa sama mempunyai wakil rakyat pembangkang untuk semak dan imbang kerajaan.

"Saya tahu semua orang berharap HARAPAN mempunyai masa yang cukup untuk memerintah Selangor... Mereka boleh memerintah dan kita akan ada wakil untuk semak dan imbang. Bukankah ini adalah beli satu, percuma satu?" kata Wee.

Tidak jauh dari kawasan pasar malam itu, DAP juga mengadakan ceramah meskipun dengan penyertaan yang sedikit lebih ramai yang juga disertai Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim.

Apabila giliran Wong sebagai penceramah terakhir naik ke pentas, dia membuka ucapannya dengan jenaka bahawa dia boleh mendengar ceramah dari pentas MCA.

"Mereka kedengaran agak emosi," katanya.

Wong turut menyatakan keraguan terhadap dakwaan MCA untuk menjadi elemen semak dan imbang.

Ini kerana, katanya, pentadbiran HARAPAN ketika ini sedang cuma menyelesaikan masalah yang ditinggalkan MCA dan sekutu BN.

"Kawan MCA kita kata kita perlukan semak dan imbang... Kenapa mereka tak kata itu 100 hari lebih awal? Adakah mereka melakukan semak dan imbang (ketika berada di dalam kerajaan), kenapa menteri dan timbalan menteri hari ini perlu bekerja keras (menyelesaikan masalah)?

"Banyak masalah yang kita perlu selesaikan.. Siapa yang bertanggungjawab? MCA dan Umno kata mereka mahu buat semak dan imbang," katanya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS