Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Inkuiri paderi Koh dibuka semula 27 Ogos
Diterbitkan:  Aug 22, 2018 11:33 PM
Dikemaskini: 3:35 PM

Inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi manusia (Suhakam) berhubung kehilangan paderi Raymond Koh akan dibuka semula pada 27 Ogos.

Tarikh baru itu dikongsi pleh wakil keluarga Koh.

Inkuiri berkenaan sebelum ini digantung pada 16 Jan susulan surat daripada polis.

Polis sebelum ini telh mendakwa pekerja sambilan Lam Chang Nam yang cuba memeras keluarga Koh dengan mendakwa dia mempunyai maklumat tentang penculikan paderi itu.

Susulan dakwaan itu, polis mengarahkan Suhakam untuk memberhentikan inkuiri berkenaan kerana ia berkait dengan kes mahkamah.

Bagaimanapun, pada 16 Mei lalu, Suhakam memutuskan untuk membuka semula inkuiri berkenaan.

"Panel dengan ini memutuskan untuk meneruskan pendengaran inkuiri awam berhubung dakwaan kehilangan Koh, meskipun dengan surat yang dihantar oleh Polis Diraja Malaysia... Untuk menghentikan inkuiri awam berkenaan," kata pesuruhjaya Suhakam Datuk Mah Weng Kwai dipetik The Star Online.

Koh diculik dari kenderannya pada siang hari oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang dikatakan melakukan operasi itu secara profesional.

Kumpulan sivil, Citizen Action Group On Enforced Disappearance (Caged) sebelum ini mendakwa penculikan Koh mempunyai kaitan dengan penglibatan negara.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS