Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peguam: Jho Low putar belit, tiada bantahan rasmi AS isu Equanimity
Diterbitkan:  Aug 19, 2018 3:00 PM
Dikemaskini: 7:33 AM

Tiada pihak berkuasa AS yang membuat bantahan rasmi berhubung pemyerahan kapal layar mewah Equanimity kepada Malaysia pada 6 Ogos lalu, kata peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Menurut Haniff, tiada bantahan yang dilaporkan oleh kerajaan AS, Jabatan Kehakiman AS (DOJ) atau Keduataan AS terhadap kerajaan Malaysia, Indonesia, mahu pun Mahkamah California.

Merujuk dokumen yang diserahkan DOJ kepada mahkamah Calofirnia semalam, beliau mendakwa ia merupakan bukti bahawa AS tidak mempunyai bantahan terhadap tindakan Indonesia menyerahkan Equanimity kepada Malaysia dan bukannya AS.

Beliau juga mendakwa Low Taek Jho atau Jho Low membuat kenyataan palsu dan mengelirukan apabila mendakwa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menipu.

"Jho Low adalah dengan tegas disarankan untuk diam membisu dan cubalah sembunyikan diri beliau setakat mana dia mampu, sehinggalah tangan penguatkuasaan perundangan memberkasnya kelak, daripada menambahkan lagi kemarahan rakyat Malaysia dengan tohmahan jahat melalui kenyataan palsu terhadap Dr Mahathir dan peguam negara, iaitu pihak berkuasa negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Haniff berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Jho Low semalam yang mendakwa kenyataan DOJ adalah bukti Dr Mahathir dan Putrajaya menipu tentang bekerjasama dengan kerajaan AS untuk memindahkan Equanimity.

Jho Low sebelum ini menuduh kerajaan Malaysia dan Indonesia merampas kuasa pihak berkuasa Indonesia dan mahkamah AS berhubung penyerahan kapal layar mewah itu memandangkan ia masih dibicarakan di mahkamah.

Bagaimanapun, Haniff merujuk perenggan ketujuh dokumen mahkamah DOJ yang menyatakan apabila Equanimity dipindahkan syarikat perkapalan Wilson Yacht Management (WYM) bertanya kepada kerajaan AS sama ada harus mematuhi arahan pihak berkuasa Indonesia yang sedang menjaga Equanimity ketika itu.

DOJ berkata menurut nasihat 17 Jun, kerajaan AS memberitahu WYM agar krew kapal mematuhi arahan kerajaan Indonesia.

"Jelas sekali, kalau kerajaan Indonesia telah bersetuju untuk melepaskan tahanan Indonesia ke atas kapal Equanimity itu kepada kerajaan Malaysia, dan memandangkan AS telahpun memberitahu anak-anak kapal Equanimity untuk patuh arahan kerajaan Indonesia maka secara langsung, AS sememangnya tiada bantahan langsung berhubung pelepasan tahanan kapal Equanimity oleh kerajaan Indonesia kepada kerajaan Malaysia," katanya.

Untuk rekod, dalam dokumen berkenaan DOJ menyatakan bahawa keselamatan kapal layar berkenaan perlu dijaga dan menegaskan bahawa kerajaan AS tidak terlibat dalam penyerahan Equanimity.

Dokumen berkenaan boleh dibaca di sini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS