Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Laporan perincikan bagaimana Jho Low lari dengan isteri, anak
Diterbitkan:  Aug 17, 2018 12:39 PM
Dikemaskini: 4:42 AM

Ekstradisi hartawan kontroversi Jho Low dijangka menjadi agenda utama semasa lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke China yang bermula hari ini.

Laporan The Wall Street Journal percaya Low diberi perlindungan di China, di mana dia dikatakan hidup bebas.

Laporan itu juga memperincikan dakwaan bagaimana Low keluar dari Macau selepas kekalahan BN dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu.

“Keputusan pilihan raya itu mengejutkan Low, yang kemudian memangggil anggota keluarga dan rombongannya ke Hotel Marriott di Macau selepas pengundian 9 Mei bagi membincangkan situasi dan pelaksanaan protokol keselamatan lebih ketat, menurut pihak yang mengetahui perkara itu.

“Dalam bilik emper, kakitangan dan anggota keluarga menyimpan dokumen-dokumen dalam beg pakaian, sementara seorang lelaki Cina bertubuh sasa menguruskan logistik Low menggunakan laptop, menurut seseorang.

“Ketika mereka pergi, pembantu Low menyapu meja dengan alkohol bagi membuang kesan cap jari, menurut pihak itu.

“Low kemudian mula bergerak antara bilik hotel dan pangsapuri mewah di bandar-bandar China, termasuk Hong Kong dan Shanghai, bersama isteri, dua anak dan rakan dekat,” menurut laporan itu.

Polis Malaysia sebelum ini menghantar pegawainya untuk menjejak Low di Hong Kong and Macau.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS