Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K'jaan bentang kertas putih Felda pada sidang parlimen Okt

PARLIMEN | Kerajaan akan membentangkan kertas putih ke atas Felda dalam sesi persidangan Dewan Rakyat seterusnya yang akan diadakan pada 15 Oktober, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Antara lain, kertas laporan itu turut menyentuh berhubung campur tangan politik yang menyebabkan status kewangan Felda lemah, katanya pada sesi soal jawab di parlimen hari ini.

"Kerajaan telah putuskan untuk bentang kertas putih di parlimen dalam sidang yang akan datang bagi dedahkan situasi sebenar Felda dan juga perancangan strategik pemulihan Felda.

"Felda sedang menghadapi masalah tunai yang amat kritikal. (Maka) tumpuan segera terhadap lembaga pengarah dan pengurusan Felda yang baru adalah utk memulihkan kedudukan aliran (kewangan) Felda melalui perbincagan dgn pemiutang untuk menstrukturkan semula hutang Felda yang sudah cecah jumlah keseluruhan RM8.025," katanya.

Azmin juga menambah bahawa status kewangan Felda yang lemah merupakan legasi yang ditinggalkan oleh pentadbiran lama yang lemah dan tidak bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan negara.

"Seperti yang kita tahu, hampir 400,000 hektar tanah Felda sebelum ini terpaksa diserahkan kpd FGV Holding bagi tujuan penyenaraian, namun mereka hadapi masalah untuk membayar dividen atau termasuk keuntungan bersama yang adil kepada Felda bagi tujuan pengurusan Felda.

"Ini antara punca Felda mengalami masalah kewangan yang amat kritikal, terlalu banyak campur tangan politik di bawah pentadbiran kerajaan sebelum ini, maka kita terpaksa berterus-terang kepada peneroka Felda dan kerajaan tidak ada pilihan selain terpaksa mendedahkan perkara ini di kertas putih yang akan dibentang dan dibahas," katanya.

 

Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini berjanji menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Felda dalam 100 hari menubuhkan kerajaan.

RCI berkenaan akan mengaudit dan menentukan langkah yang perlu diambil untuk mengembalikan Felda ke zaman kegemilangannya.

HARAPAN juga berikrar untuk menubuhkan jawatankuasa kabinet untuk mendengar aduan peneroka Felda secara langsung dan meningkatkan taraf hidup mereka.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS