Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Cabaran gaduh Bung: Willie jawab ‘belum cuba belum tahu’
Diterbitkan:  Aug 8, 2018 11:30 AM
Dikemaskini: 3:56 AM

Kancah perbalahan antara dua wakil rakyat Sabah dan Sarawak berlarutan apabila ahli parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin mencabar ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin untuk ‘berlawan’.

Ini selepas Bung semalam menyoal Mongin jika dia mahu bergaduh dengannya semasa perbahasan isu pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Dewan Rakyat.

"Terlalu banyak kesilapan Kinabatangan di Parlimen, jika dia bertegas mahu bergaduh, saya terima cabarannya untuk satu lawan satu di gelanggang.

"Belum cuba belum tahu...

"Cuma beritahu tarikh dan masa YB Bung Mohtar," ciapnya di Twitter semalam.

Sementara itu, Willie dalam hantaran berasingan di laman Facebook berkata, sudah lama terpendam dalam hatinya sepanjang penghayatannya dalam sesi Dewan Rakyat.

“Dari hari pertama (semalam) dan ke hari ini saya dalam dewan saya dengar perkataan-perkataan berikut dilemparkan kepada ahli-ahli dewan HARAPAN.

“Munafik, mabuk, bodoh, kepala bapak, ‘******k’ samseng....

“Dan hari ini lagi keluar "***k you" dan "kurang ajar",” katanya.

Willie turut mempersoalkan mengapa pada sesi Dewan Rakyat sebelum ini, bila Bung Mokthar menuduh YB Jelutong sebagai seorang samseng, timbalan Speaker ketika itu, Datuk Ronald Kiandee tidak pun menyebut Peraturan Mesyuarat 36 (9) seperti yang dilakukannya semalam selaku ahli parlimen Beluran.

“Sebab itu, saya nyatakan dalam Dewan Rakyat... supaya YB Kinabatangan cermin diri dulu. Kalau tidak beliau ibarat ‘ayam jantan, berkokok berderai-derai ekor bergelumang tahi’,” katanya.

Episod kekecohan kedua-dua wakil rakyat itu tercetus sewaktu Bung Moktar bangkit mencelah Khairy Jamaluddin yang baru memulakan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018.

Beliau menjelaskan mengenai harga barangan di Pasar Borong Selayang yang menurutnya lebih murah sewaktu dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebelum dicelah oleh Willie.

"Pergi kasinokah Kinabatangan?” soal pemimpin PKR itu yang merujuk kepada gambar tular berkaitan di media sosial.

Bung naik angin dan menjawab: “Apa ini? Biadab! Ini kurang ajar, tarik balik. Ini biadab. Memang kurang ajar. YB tak layak duduk sini. Samseng. What you want. You mau gaduh dengan saya?”

Thomas Su (HARAPAN-Kampar) kemudian bangun berkata Puncak Borneo cuma bertanya soalan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS