Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
TUDM tak cukup bajet senggara Sukhoi
Diterbitkan:  Aug 3, 2018 2:52 PM
Dikemaskini: 7:26 AM

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tampil memberi penjelasan mengenai kondisi tidak berapa baik jet pejuang Sukhoi Su-30MKM seperti mana yang dimaklumkan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu minggu lalu.

"Kadar kebaikan pesawat Sukhoi Su-30MKM yang rendah sebagaimana dimaklumkan YB menteri pertahanan adalah diakibatkan dua perkara pokok iaitu yang pertama peruntukan belanja operasi dan keduanya adalah keperluan rawatan mandatori pesawat pada jangka hayat 10 tahun," kata kenyataan Bahagian Perhubungan Awam TUDM hari ini.

Kenyataan itu menyebut hal berkenaan berpunca daripada kekurangan peruntukan belanja operasi untuk TUDM.

"Sejak tahun 2007 belanja operasi yang diperuntukkan kepada TUDM setiap tahun adalah secara puratanya jauh lebih rendah dan tidak mencukupi

"Ini telah mengekang perbelanjaan selenggara yang diperlukan untuk membiayai keseluruhan dokongan logistik bagi pengoperasian kesemua 18 jet pejuang Su-30MKM tersebut.

"Keadaan ini menyebabkan TUDM terpaksa selenggara pesawat secara berhemah berdasarkan bajet diterima," kata TUDM.

Pertambahan kos ke Rusia

Menurut kenyataan itu lagi TUDM memiliki 12 pesawat Su-30MKM yang telah mencapai hayat 10 tahun dan sedang menanti untuk proses penyenggaraan serta terdapat enam lagi jet pejuang itu yang belum mencapai jangka hayat 10 tahun tersebut.

TUDM juga berkata pemeriksaan dan senggaraan kepada kerangka, komponen dan sistem pesawat secara terperinci mensyaratkan jet pejuang itu perlu dihantar ke Rusia selepas jangka hayat 10 tahun akan melibatkan pertambahan kos.

"Tempoh 10 tahun adalah dicadangkan pihak pembuat asal pesawat (Original Equipment Manufacturer/OEM), namun kos tersebut terlalu tinggi dan di luar kemampuan bajet TUDM.

"Tambahan pula pelaksanaan rawatan memerlukan pesawat dihantar ke premis OEM di Rusia, yang melibatkan pertambahan kos dan masa.

“Bagi menjimatkan kos, TUDM menggunakan kepakaran sedia ada dengan kerjasama pintar pihak TUDM dan Maintenance Repair Organisation tempatan serta beberapa pemain industri tempatan yang lain," kata kenyataan TUDM itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS