Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kawalan RELA di pusat komuniti ditamatkan
Diterbitkan:  Aug 2, 2018 1:28 PM
Dikemaskini: 5:32 AM

Penugasan berbayar anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di 98 pusat Khidmat Komuniti RELA (PKKR) ditamatkan berkuat kuasa 1 September depan.

Berdasarkan surat kepada pengarah-pengarah RELA yang dilihat Malaysiakini, RELA bagaimanapun tiada halangan jika anggota terlibat ingin bertugas secara sukarela tanpa elaun.

Surat itu meminta maklumat itu dihebahkan ke pejabat-pejabat RELA daerah di seluruh negara.

Tiada alasan diberikan susulan penamatan penugasan itu tetapi menjelaskan ia diputuskan oleh pengurusan tertinggi RELA.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi jabatan itu.

Sumber dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika dihubungi mengesahkan kesahihan surat itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Katanya, kenyataan media berkaitan dijangka dikeluarkan selepas ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS