Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Utusan bukan suara rakyat, wajar henti langgan - Zam
Diterbitkan:  Aug 1, 2018 9:19 PM
Dikemaskini: 1:30 PM

Seorang bekas ketua pengarang Utusan Malaysia menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan mengarahkan sekolah, universiti dan kolej memberhentikan langganan terhadap akhbar milik Umno itu.

Tan Sri Zainuddin Maidin, yang mengetuai akhbar itu pada lewat 1990-an, menyuarakan sokongannya di laman sosial Twitter.

"Sudah sewajarnya menteri pendidikan mengarahkan supaya semua sekolah, universiti, kolej dan institusi pendidikan di bawahnya berhentilanggan Utusan Malaysia kerana ia bukan suara rakyat tetapi lidah rasmi Umno yang bersifat perkauman," katanya.

Bekas menteri penerangan Umno itu berkata, Utusan pada eranya tidak pernah mengetepikan suara pembangkang walaupun akhbar itu menyokong pemegang saham terbesarnya iaitu Umno.

"Era saya, Tan Sri Johan (Jaafar) dan Khalid Mohd, Umno juga merupakan pemegang terbesar saham Utusan, sokong kerajaan dan Umno tetapi suara pembangkang tidak dibenamkan terus sehingga dibenci orang. Maka itu sekalipun dianjurkan pemulauannya tetapi edarannya terus meningkat," katanya.

Menerusi memo bertarikh 18 Julai, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengarahkan semua langganan terhadap Utusan Malaysia oleh kementerian dihentikan segera.

Seorang pegawai kementerian kemudian memberitahu Malaysiakini bahawa kementerian itu juga sedang mempertimbangkan untuk membatalkan langganan akhbar lain sebagai langkah penjimatan.

Bagaimanapun, Maszlee mengatakan beliau tidak mendapat maklumat mengenai memo itu dan akan menyemak dengan penasihat khasnya Wan Saiful Wan Jan.

Beliau juga enggan mengulas apabila ditanya sama ada akhbar lain akan mengalami nasib yang sama seperti Utusan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS