Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kambing bunting mati dirogol beramai-ramai di India
Diterbitkan:  Aug 1, 2018 12:55 PM
Dikemaskini: 5:55 AM

GLOBAL| Seekor kambing dipercayai dirogol oleh lapan lelaki mabuk di Haryana, India dan mati keesokan hari.

Kejadian dilapor berlaku pada 25 Julai lalu.

Pada mulanya, pemilik binatang itu, Aslup Khan, membuat laporan polis selepas mendapati kambingnya hilang.

Aslub mendakwa suspek kejadian mabuk dan menagih dadah.

“Mereka cuba cabul binatang itu di laman. Bila saya beritahu orang, orang kampung tangkap dan halau mereka,” beliau dipetik sebagai berkata oleh sebuah akhbar United Kingdom.

“Bagaimanapun lapan jam kemudian mereka datang kembali dengan marah-marah, ambil kambing saya dan rogol dia.”

Akhbar tempatan pula melaporkan Aslum mendengar kambingnya mengerang kesakitan di tempat terpencil insiden dikatakan berlaku.

Selepas tembelang mereka pecah, lima daripada suspek dikatakan melarikan diri manakala tiga lagi yang masih berada di situ mencabar Aslub memanggil polis.

Aslub dapat mengenal pasti tiga suspek itu dengan seorang daripadanya dikatakan sakit mental.

“Bila saya kata akan buat laporan polis, mereka kata kamu boleh buat apa yang kamu mahu, dan kami akan terus buat perkara ini.

“Mereka tidak takut masuk penjara kerana mendakwa ada kenalan orang besar,” katanya.

Kambing bunting tujuh tahun itu dilapor tidak dapat lagi berjalan selepas dirogol dan mati dalam tempoh 24 jam.

“Dia bunting 50 minggu. Ketika bedah siasat, ada kesan darah dalam salur pernafasan. Sampel dari sapuan di organ seks dibawa ke makmal sains forensik,” kata pakar bedah veterinar Dr Ramvir Bhardwaj.

Undang-undang India melarang hubungan seks luar tabii dengan lelaki, perempuan atau binatang.

Berita itu telah menggemparkan warga maya dengan 28,000 tulisan dengan tanda pagar #JusticeForGoat (keadilanuntukkambing) dikongsi di Internet.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS